Tuesday, November 23, 2010

Saya dan Insurans

Sejak saya diperkenalkan dgn insuran lebih kurang 2 thn dulu, saya terus mengambil satu polisi untuk saya dan baby yg baru berusia 6 bulan. Saya mengambil Investment Takafulink dan baby Investment Takaful Cerdik. (Check out for promosi utk Takaful Cerdik yang akan diumumkan tidak lama lagi!)

Kerana budget constraint saya ambil minimum payment RM150 dan baby RM100. Dapat polisi saya rasa lega dan berpuas hati kerana selepas ni if anything happen, Alhamdulillah dah ada perlindungan. Time tu rasa mcm belum sampai seru nak sampaikan tentang kebaikan insurans ni pada sesiapa pun. Biarla agen menjalankan tugasnya hehe.

Tahun lepas saya disahkan menghidap Slip Disc, mmg hanya Allah yg tahu betapa siksanya dpt sakit ni. Slip Disc ni tak merbahaya tp very irritating sbb serba tak selesa dibuatnya. Saya ber jumpa specialist di Hospital Gleanigles, Ampang. Semua kos perubatan ditanggung oleh company tmpt saya bekerja. Time ni pun tak rasa lagi kebaikan ada personal insuran ni. Sehiggalah saya di warded kerana slip disc saya dah merebak dari satu tulang ke satu tulang yg lain. Adui, mmg smpi keluar air mata menanggungnya. Suami pula kerja balik hujung minggu, jadi nak taknak saya hanya menguruskan anak yg dah semakin overweight tu seorang diri.

Setiap hari kena berulang hospital untuk attend fisioterapi. Duit parking, duit minyak terasa juga time tu ialah dengan pendapatan yang tidak seberapa. Rumah saya dgn hospital lbh kurg 30km juga. So time ni agen kite penting. Saya call dia dan again dia educate saya ttg claim. Alhamdulillah ada harapan utk meringankan beban kewangan. Di pendekkan cerita, baru setahun mencarum, saya dah dpt claim RM4000 akibat dari sakit Slip Disc ni. Claim ni tak mcm insuran kereta kiter, kalau claim NCB kurang. Sikit pun tak usik duit pelaburan kiter..So really hepy dapat claim tu saya pun mula menceritakan kebaikan mengambil insurans pada kawan-kawan, tp time ni saya belum lagi agen yang sah.

Sehinggalah baru-baru ni, suami saya yang masih belum ada perlindungan accident motor. Lepas accident barulah terkocoh2 nak amik insuran, tp still belum terlmbt sbb accident tu minor jer..kalo masuk besi , hmm premium dah mahal..so sejak dari tu la rasa mcm dah jatuh wajib pada diri ini untuk menyampai-nyampaikan ttg kebenaran pada kawan semua.Terus saya mendaftar jadi agen dan belajar dengan lebih mendalam tentang financial tool bergelar insuran ni.



Friday, November 19, 2010

Perbandingan Syarikat Takaful

Alhamdulillah ramai antara kita yang sudah semakin 'aware' akan kepentingan 'di cover' oleh inurans. Antara soalan favorite kawan-kawan kita ialah "Syarikat mana yg lebih bagus"...
Maaf sangat-sangat kerana saya tak boleh keluarkan article perbandingan di sini. Jika and juga ada kemusykilan tentang hal ini, boleh hubungi saya ya;

Nora: 019-2165100

Monday, November 15, 2010

Apakah pula Takaful?

Takaful ini bermaksud bantu - membantu. Dalam istilah insurans takaful bermaksud pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut dilanda musibah.

Takaful terbahagi kepada 2 kelas iaitu Takaful Keluarga dan Takaful Am.

Takaful Keluarga – adalah simpanan dan pelaburan jangka masa panjang dengan tempoh matang yang telah ditetapkan

Takaful Am – perlindungan jangka masa pendek terhadap harta benda dan liability

Saya akan fokus kepada Takaful Kekuarga. Ada pelbagai pilihan produk Takaful Keluarga yang kita boleh pilih berdasarkan keperluan kita. Antara produk Takaful Keluarga adalah seperti berikut:


Antara killer product ialah Investment Link Takaful. Saya menggalakkan ramai client untuk mencarum di Investment Link Takaful kerana pelan ini merangkumi 3 dalam satu iaitu perlindungan, pelaburan dan medical. Saya beri satu contoh senario bagi Cik Anis;

Umur: 28 tahun, tidak merokok dan tidak pernah diagnose berpenyakit
Premium: RM200
Sum Assured (upon death): RM30,000
Critical Illness (upon diagnosed): RM10,000
Medical Card: RM150,000
Hospital Benefit: RM400 per day
Total Investment (after 50 years): RM180,000 approximate based on 9% divident.
Policy effective date: 2008

Dengan adanya polisi ini Cik Anis tidak perlu risau jika sehingga tamat caruman, beliau sihat walafiat, beliau still akan dapat saving / investment sebanyak RM180,000. Dan sekiranya on the way, beliau disahkan berpenyakit (critical illness), even selepas hari ke 2 mencarum, premium beliau akan ditanggung sepenuhnya oleh Prudential. Inilah yang dikatakan 3 in 1 investment link yang tiada pada sesetengah pelan insurans. Berbanding dgn pelan insuran bukan investment link jika jatuh sakit, hanya medical yang waive, sedangkan premium bagi investment dan saving masih perlu di bayar sehingga tamat caruman.

Jadi di sini, apa yang saya cuba sampaikan ialah kita perlu di'educate' tentang polisi kita, jangan biarkan bila dah sakit baru tahu, itu ini tak boleh waive/ claim/etc. Get yourself educate today!

Jangan lupa hubungi saya bagi maklumat lanjut tentang pelan insurans yang terbaik untuk kita.

Nora: 019-2165100

Jenis-jenis Insurans Hayat (Life Insurance)

Insurans hayat juga terbahagi kepada 2, Takaful dan Konvensional. Bagi yang beragama Islam insurans konvensioanl adalah haram di sisi agama, dan wajib bagi umat Islam memilih  perlindungan jenis takaful. Jadi pada hari ini terdapat  8 badan insurans yang memberi perkhidmatan takaful;

  1. Prudential BSN Takaful Barhad (PruBSN)
  2. CIMB Aviva Takaful
  3. ETIQA Takaful
  4. Hong Leong Tokio Marine Takaful
  5. HSBC Amanah Takaful
  6. MAA Takaful
  7. Takaful Ikhlas Berhad
  8. Takaful Malaysia Berhad
..dan ini pula pengendali insurans konvensional

  1. ACE Insurance Malaysia
  2. Allianz Malaysia Berhad
  3. AmAssurance Berhad
  4. AXA Affin Insurance Malaysia
  5. Berjaya Sompo Insurance Berhad
  6. BH Insurance Berhad
  7. Chartis Malaysia Insurance Berhad
  8. DANAJAMIN Insurance Berhad
  9. JERNEH Insurance Berhad
  10. Kurnia Insurance Berhad
  11. Lonpac Insurance Berhad
  12. MSIG Malaysia Insurance Berhad
  13. Uni.Asia Life Assurance Berhad
  14. TM Asia Life Malaysia Berhad
  15. Mayban Life Assurance Berhad
  16. Great Eastern Life Assurance Malaysia Berhad
  17. CIMB Aviva Assurance
Jadi sekarang lebih jelas bukan jenis-jenis insurans yang ada.
Tetapi bagaimana nak memilih pengendali insuran yang terbaik untuk kita ya...

Mengapa Kita Perlu Dilindungi

Perlindungan life insurans ni penting. Sekurang-kurangnya setiap individu WAJIB mempunyai 1 polisi bagi melindungi diri dan keluarga dari sebarang musibah atau kemungkinan buruk yang kita tidak tahu bila dan di mana akan berlaku. Jadi dengan adanya polisi insuran dapat memberikan kelegaan kewangan apabila berlakunya perkara tidak diingini dan ianya juga adalah satu kaedah simpanan serta pelaburan yang baik untuk masa hadapan kita.

Secara amnya terdapat 2 jenis insurans iaitu insurans am dan insurans hayat (Life Insurans). Insurans am memberi perlindungan jangka pendek atas harta benda dan liability terhadap mana-mana kerugian atau kerosakan. Life Insurance memberi perlindungan jangkamasa panjang terhadap diri (life) kita. Di ruangan ini saya akan lebih focus kepada insurans hayat (Life Insurance).




Sunday, November 14, 2010

Apa itu Insurans?

Adakah anda tahu apakah itu insurans? Saya juga tak faham tentang insurans serta kepentingannya sehinggalah seorang agen Prudential Takaful menerangkannya kepada saya. Let's 'share' the info;

Insurans bermaksud memindahkan risiko daripada kita kepada syarikat insurans.Kita sebagai yang berisiko adalah pemegang polisi. Syarikat insurans menerima bayaran daripada kita dalam bentuk premium dan sekiranya kita mengalami sebarang kerugian atau musibah, kita akan menerima pampasan dari syarikat insurans.





Welcome to my Blog!

Assalamualaikum..

Welcome to PruBSNcover.Blogspot!

Tahniah kerana anda adalah seorang yang 'celik' akan kepentingan insurans. Saya begitu menghargai kehadiran anda di blog saya sepertimana ribuan yang lain di luar sana untuk mengetahui dengan lanjut tentang insurans.
Di ruangan blog ini saya akan 'educate'dan 'share' info berkaitan takaful insurans bersama anda.

Seterusnya insya Allah saya akan bantu dan bersama-sama anda dalam memilih pelan yang terbaik dari segi 'protection', 'investment' dan 'financial planning' bagi melindungi kewangan dan masa depan anda dan keluarga.

LET OUR PLAN MINIMISE YOUR RISK!